THE NEXT BOBOIBOY XD

Hye earthlings! I'm focusing on my studies and having a very busy time right now. If you visit here and feel bored, you can leave or stay until I post a new entry. Thank you so much. Enjoy!

The Next Boboiboy

Pendakwah Muda:Mus'ab bin 'Umayr
Monday, 10 June 2013 | 3:26 pm | 0 Comments

Para sahabat Nabi s.a.w. mempunyai peranan masing-masing demi menggerakkan seruan dakwah kepada manusia. Dalam konteks seorang pendakwah atau tenaga pengajar,sahabat Baginda yang bernama Mus'ab bin 'Umayr merupakan seorang tokoh yang menunjukkan teladan terbaik.

Sebelum memeluk Islam,Mus'ab bin 'Umayr hidup dalam kemewahan. Beliau merupakan anak kepada seorang bangsawan dan sangat disayangi keluarga. Tambahan pula,ibu bapa beliau tidak pernah menolak sebarang hasrat dan permintaannya. Keadaan ini tidak mengikuti kebenaran Islam. Saad bin Abi Waqqas berkata,"Kami merupakan kaum yang hidup dalam kesusahan. Apabila kami bersama-sama dengan Rasulullah berhadapan dengan kesusahan,maka ia menjadi kebiasaan buat kami. Mus'ab pula merupakan antara pemuda yang hidup senang di Makkah. Namun dia sanggup meninggalkan kesenangan tersebut dan bersusah-payah demi memperjuangkan Islam. Aku pernah melihat kulit-kulitnya pecah disebabkan menanggung kesusahan."

Perwatakan Mus'ab bin 'Umayr melayakkan beliau dipuji kerana berjaya melaksanakan tugas selaku pendakwah. Ketokohan beliau diiktiraf oleh Nabi Muhammad s.a.w. Beliau diamanahkan mengajar penduduk Madinah selepas Perjanjian Aqabah pertama dan sebelum peristiwa hijrah. Sehubungan itu,teladan yang mesti dipelajari oleh pendakwah semasa melalui ketokohan Mus'ab bin 'Umayr ialah:-

1. Ikhlas berdawah tanpa mengejar kemewahan.
2. Bersungguh dan cekal dalam dakwah.
3. Berdakwah di medan praktikal.

Profil Mus'ab bin 'Umayr
-Nama:Mus'ab bin 'Umayr bin Hashim bin Abdul Manaf bin Abdul Dar.
-Keturunan:Bangsawan Quraisy.
-Kelebihan:Memiliki wajah tampan,kemas dan disenangi semua orang.
-Peranan dalam penyebaran Islam:Menjadi "duta" Islam yang mengajar tentang Islam,al-Quran dan
  memerhati perkembangan penduduk Madinah sebelum berlaku peristiwa hijrah.
-Meninggal dunia:Syahid dalam medan pertempuran Uhud sewaktu ditugaskan memegang panji Islam. Ada
  riwayat menyatakan beliau berumur sekitar 40-an ketika syahid.

| Newer Post