THE NEXT BOBOIBOY XD

Hye earthlings! I'm focusing on my studies and having a very busy time right now. If you visit here and feel bored, you can leave or stay until I post a new entry. Thank you so much. Enjoy!

The Next Boboiboy

Nasihat Luqman
Friday, 30 May 2014 | 5:30 pm | 1 Comments
Alhamdulillah,kita masih lagi diberikan kesempatan untuk bertemu setelah lama tidak update entri ya. Bersyukur ke hadrat Ilahi,kerana saya masih lagi diberi peluang untuk menulis  dan diberi ilham olehNya untuk menulis,Alhamdulillah :D Hari ini,kita akan membicarakan tentang Luqman. Luqman? 

"Amboi,punya la banyak orang nama Luqman kat dalam dunia ni. Luqman mana satu?"
"Dia pikir Luqman ni satu dalam seribu?"
"Sepupu aku namanya Luqman. Nak ckp psl dia ke?"

Tenang semua tenang...memang,tak dinafikan Luqman itu banyak di dalam dunia ni. Tapi Luqman mana yang ingin saya perkatakan? Luqman jiran sebelah rumah? Luqman anak pak imam? Ke Luqman pengawas sekolah yang bajet tu? Haa,hari ini,kita akan membicarakan tentang Luqman yang disebut di dalam Al-Quran... =D Para pembaca boleh rujuk Al-Quran mukasurat 411. Surah Luqman telah diturunkan di Mekah sebagai surah yang ke-31. Surah ini mengandungi 34 ayat.

Baiklah,itu adalah serba sedikit pengenalan tentang Surah Luqman. Sekarang,mari kita lihat nasihat Luqman kepada anaknya. Nasihat Luqman yang pertama ialah Luqman melarang anaknya daripada mempersekutukan Allah kerana itu adalah kezaliman yang besar. Kita sebagai umat Islam memang dilarang untuk berbuat sedemikian ya. Berdosa besar hukumnya jika kita melaksanakan perbuatan ini. Orang Islam perlu bertaubat apabila telah menyekutukan Allah dan berdoa mudah-mudahan taubat itu diterima oleh Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Yang seterusnya,Luqman berkata kepada anaknya bahawa Allah itu bersifat teliti. Allah Maha Teliti. Setiap perbuatan yang kecil mahupun besar,yang ringan mahupun berat Allah boleh tahu. Boleh nampak. Malahan,jika perbuatan kita itu seberat biji sawi pun Allah tahu. Inilah kekuasaan Allah ya. Allah memiliki segala-galanya. Dia yang menguasai seluruh alam. Kuasa Allah tidak ada batasnya. Kita sebagai hamba sepatutnya melaksanakan perintahNya dan meninggalkan laranganNya.

Kemudian,Luqman berkata pula,dirikanlah solat dan suruhlah manusia mengamalkan amar makruf nahi mungkar iaitu berbuat yang makruf dan mencegah yang mungkar dan bersabar. Alhamdulillah,amar makruf nahi mungkar ya. Saya sangat suka dengan ayat tu dan ditakdirkan Allah,saya diletakkan di sekeliling orang-orang yang berbuat begitu. Memandangkan saya duduk di asrama,ada saja yang dibuat oleh sahabat-sahabat saya. Kadang,mereka ajak saya berpuasa. Kadang,diajak berqiamullail. Cuma saya yang malas. Pada waktu rehat di sekolah,pasti mereka tarik saya untuk pergi ke masjid untuk menunaikan solat sunat dhuha. Apabila berborak bersama-sama,pasti mereka mengingatkan antara satu sama lain untuk tidak mengumpat. Kebanyakannya kami berbual tentang keadaan sekitar yang positif sahaja. Saya sangat bersyukur. Sekarang,saya kadang-kadang mengamalkan puasa sunat Isnin dan Khamis. Ayuh,para pembaca,kita berbuat yang makruf dan mencegah yang mungkar. InsyaAllah,kita akan mendapat ganjaran di akhirat.

Sebenarnya,ada lagi nasihat Luqman kepada anaknya. Tapi,memandangkan saya ada hal penting selepas ini,nampaknya,sampai sinilah pertemuan kita kali ini. Alhamdulillah,walaupun sekejap,kita masih lagi dapat ilmu yang bermanfaat. Alhamdulillah! =D Jazakallahu khairan,walaka walana insyaAllah fil jannah :) Assalamualaikum ^^



Older Post | Newer Post