THE NEXT BOBOIBOY XD

Hye earthlings! I'm focusing on my studies and having a very busy time right now. If you visit here and feel bored, you can leave or stay until I post a new entry. Thank you so much. Enjoy!

The Next Boboiboy

Liebster Award 2
Wednesday, 18 February 2015 | 4:01 pm | 1 Comments
Hey guys! Huhuhu, lama gila Nik tak update blog. Mesti korang bosan kan, bukak je, takde entri baru...*ceh,perasan lebih!xD Haha, Nik PT3 ma...kawalan ketat untuk tengok tv, bukak internet...study is the first priority! Huh, serius rindu gila nak bukak blog tapi takde masa sebab dh balik asrama..*ouch!! Sekarang pun Nik dah dapat dua tiga assignments..kena buat kajian, powerpoint, presentation...fuh, berlambaknya bagai nak rak!
Bytheway, Nik nak cakap pasal Liebster Award yg Kak Namy awardkan dkt Nik. Hahah, ada lagi orang ingat dekat Nik..huhu,*touched Haha,abaikan xD Okay, Nik nak cakap terima kasih banyak-banyak kepada Kak Namy yang sudi tag Nik dan Nik nak minta maaf sebab lambat reply soalan Kak Namy. Seriously sorry :( Okay, move on to the questions!

  • Jika bulan jatuh ke riba, awak jatuh ke mana?
  • Jika pungguk rindukan bulan, awak rindukan siapa?
  • Jika layang - layang putus talinya, awak putuskan apa?
  • Jika sireh pulang ke gagang, awak pulang ke mana?
  • Jika ayam disambar helang, awak disambar siapa?
  • Jika kacang melupakan kulit, awak melupakan siapa?
  • Jika halilintar membelah bumi, awak membelah apa?  
  • Jika Belanda meminta tanah, awak meminta apa?

1) Jika bulan jatuh ke riba, saya akan jatuh ke lantai. Ni lah akibat banyak berangan...mimpi dan angan-angan yang tak sudah dan tak kesampaian xD
2) Jika pungguk rindukan bulan, saya juga rindukan bulan. Bulan purnama yang paling cantik, yakni Rasulullah S.A.W :D
3) Jika layang-layang putus talinya, saya putus talian telefon dengan bank sebab tak berhenti telefon suruh buat pinjaman. Orang kata tak nak, tak nak la..ni kes tak faham bahasa nih... :/
4) Jika sireh pulang ke gagang, saya pulang ke rumah. Mak kata, balik je terus balik rumah..jangan melencong sana sini...nak melencong ke gagang pun tak boleh x)
5) Jika ayam disambar helang, saya disambar oleh musuh ketat sepanjang zaman, PT3. Ni dalam kurungan Sang PT3..ada berapa bulan lagi nak lepas..*set me free!!!
6) Jika kacang melupakan kulit, saya melupakan Internet. Ni nak PT3 ni, kena kawal sikit...huishh, dah jadi macam satu pantang la pulak, eh...
7) Jika halilintar membelah bumi, saya membelah...tak sure nak belah apa,hurm...*jap,tengah fikir...em...
8) Jika Belanda meminta tanah, saya minta agar PT3 dimansuhkan..kembalikan PMR xD *uhukk!

Haha, tak sangka soalan-soalannya begitu menghiburkan. Serius, time jawab soalan ni memang asyik ketawa je...haha, macam-macam pulak sekarang. Bytheway, sangat seronok dan terhibur menjawab soalan-soalan kreatif dan kritis*eceh, macam KBKK la pulak..hahahh.. xD Kak Namy ni. Boleh legakan stres di samping membantu diri mendapat hiburan *nak tengok tv pun kena kawal! Sekali lagi, Nik ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Kak Namy sebab sudi tag Nik untuk jawab soalan-soalan Kak Namy yang mencabar =D *moga-moga PT3 tak keluarkan soalan camni xP Okay, kita dah sampai penghujung. Nanti ada masa, Nik update okay?? In sya Allah, dalam masa terdekat ni, Nik tak berpeluang nak join mana-mana giveaway atau segmen rakan blogger. Jadi, Nik nak minta maaf awal-awal sebab tak boleh nak join.. Habis bulan sepuluh, Nik join okay? Haha, luaskan Islam, sebarkan salam, assalamualaikum! ^^

Older Post | Newer Post