THE NEXT BOBOIBOY XD

Hye earthlings! I'm focusing on my studies and having a very busy time right now. If you visit here and feel bored, you can leave or stay until I post a new entry. Thank you so much. Enjoy!

The Next Boboiboy

Soalan by #EZZATTY
Tuesday, 29 December 2015 | 9:48 pm | 5 Comments
Hehe, aku kena tag lagi daripada ezzatty..hoho, budak '00 juga macam aku ^^
~dalam banyak-banyak kartun.kartun mana yang paling korang suka?*kartun disnep di kecualikan*
Yang paling aku suka? Hmm...ada dua. Aku suka kartun Aqil Story dan Kick Buttowski

~cerita cinta ke thriller mana pilihan korang?give a reasons kay..
Aku pilih cerita seram. Bab cinta٢ ni aku tak minat sangat.

~kalau diberi tugas sebagai penulis novel,apa yang korang nak ceritakan?
Hmm...kalau aku, aku nak buat cerita pasal diri sendiri tapi aku nak bekerjasama dengan kawan٢ aku la. Baru menarik. Ada kompilasi. Maksudnya, bukan ada cerita aku je, cerita pasal kawan aku tu pun ada sekali. Lebih kurang dua-tiga orang pun dah cukup :)

~suka melancong?kat mana?and beri alasan.
Aku nak sangat pergi Switzerland. Aku dah set nak duduk kat bahagian mana. Grindelwald, Switzerland. Hoho, nanti cari aku kat sana tau. Bawak sup panas sekali :) sebab aku nak sangat pergi sana ialah sebab negara tu cantik. Cantik sangat. Bukan negara lain tak cantik, cantik jugak tapi entah kenapa hati aku ni tak teringin pandang negara lain

~antara bunga ros dan lavender mana yang berkenan di hati?
Hehe, aku ni kan jenis O.K.E.Y je, jadi aku rasa dua٢ aku kenan.

~jika di beri 5ratus ribu apa yang korang buat?
Aku nak jalan satu malaysia ni, nak cari rumah anak yatim dan nak derma. Ye la, sekarang kan makin teruk dah keadaan :/

~jika diberi kesempatan untuk melakukan bungee jump..korang nak tak terjun?dan kenapa?
Nak! Gila tak nak! Rugi la woi~ tapi aku akan terjun jika tiga orang dah terjun dulu sebelum aku. Lagipun bukan selalu kau terjun bangunan. Kehkeh xp jadi, bila dah dapat peluang terjun, grab je la..jangan terhegeh-hegeh kata lain kali ;)

~masakan apa yang anda mahir?
Kuey tiaw dengan kek oren selain daripada masak nasi, air dan maggi xD

~adakah anda mempunyai diary?give 3 reasons..haha
Dulu ada la..tapi sebab dah banyak kali kena kantoi. Mula٢ kantoi dengan kakak aku.lepastu aku buat yang lain tapi dia jumpa jugak..lepas tu buat lagi member pulak jumpa. Sekarang, aku dah patah hati nak buat diari lagi -.-

~jika anda window shopping..tempat pertama anda nak tengok dimana?
Hmm...aku tengok buku dulu kot. Lepas tu pergi beli buku yang aku berminat tapi tak baca٢ ..macam mana tuh? hahaha

Older Post | Newer Post