Saturday, 6 January 2018

Thank you Roxalynne for the gift!

Assalamualaikum and good morning!!

Sorewa arigatai! Maksudnya saya bersyukur. Tak terfikir pulak akan menang Giveaway YES by Roxalynne tu. Ini dah kali kedua aku menang giveway. Kali pertama adalah pada tahun 2014. Waktu tu aku menang tee shirt warna merah yang ada tulisan 'Geek'. Hehe, tapi sekarang aku dah membesar jadi aku sudah tak muat nak pakai baju tu. Bukan sebab gemuk, tapi sebab aku membesar. Oh ya! Semalam aku timbang berat aku dan aku tak sangka berat aku akan turun!
Haha, aku rasa sebab ke-istiqomah-an aku dalam ber-skipping setiap petang selama setengah jam. (Ceh! Poyo~)

Okey, kembali kepada tajuk asal, aku nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada Roxalynne(aku nak tulis 'Kak Roxalynne' tapi macam tak kena walaupun dia memang lagi tua daripada aku dan aku hormat dia) sebab dah mengadakan giveaway yang boek. Terima kasih juga kepada pihak penaja yang sudi menaja hadiah-hadiah yang best!








Paling best, aku adalah pemenang yang terpilih oleh Random sebagai pemenang yang ke-10 sebelum dua pemenang bonus. Yeay! Maklumlah, lama tak menang giveaway walaupun dah banyak join giveaway dengan contest-contest yang lain. Apapun, kepada yang tidak terpilih, ini bukan rezeki anda namun percayalah, anda pasti akan mendapat lebih lagi pada masa akan datang. Keep calm and join giveaway :)

6 comments: