Monday, 26 February 2018

Inilah dia keadaan 'Nasi sudah menjadi bubur'.

Assalamualaikum dan selamat pagi!

Hari ni lepas sarapan, aku macam biasa buka blog dan semak blog stats. Lepas tu aku blogwalking sambil tunggu anime series habis download. Tengah syok blogwalking tiba-tiba dapat satu feeling ni.

Feeling yang mendesak aku untuk klik dekat 'comment' sebab rasa macam aku miss sesuatu. Dah klik tu, aku cek spam dulu sebab aku tak suka kalau ada spam ni. Asal ada je terus delete. Lepastu klik published pula. Tak ada apa pun.



Tapi bila klik je awaiting moderation, ada 20 komen. Aku sampai jadi terpinga-pinga (ceh, baku!). Lepastu aku baca satu-satu. Dah habis baca, dengan dramatiknya aku gelak macam orang gila. Serius tak tahu ada blogger lain komen dekat entri aku! Aku gelak macam ni:

Sumber: Google

Punya semangat aku gelak sampai sakit perut aku. Bila aku dah sedar daripada kegilaan aku, aku terfikir-fikir samada nak balas komen atau tak. Yalah, aku rasa macam tak sopan pula abaikan komen blogger lain. Sekejap rasa tak payah, sekejap rasa kena balas. Lagipun, dah berminggu dah komen-komen tu.

Makanya, aku buat poll untuk bloggers tolong aku. Hehe, undi tau jangan tak undi.

P/S: Terima kasih sebab undi. Maaflah entri ni bosan. Peace!

Sumber: Google

No comments:

Post a Comment