Saturday, 17 March 2018

Pertolongan Cemas #1 : Masalah Pernafasan

Assalamualaikum dan hai semua! Hari ni aku nak kongsi info tentang masalah pernafasan, spesifiknya, terhenti pernafasan. Okey, sebelum aku mula aku nak bagitahu bahawa info yang aku kongsikan ni bukanlah info yang aku dapat daripada doktor pakar atau mana-mana profesor perubatan yang terkenal dan popular satu galaksi. Info ni aku dapat daripada cikgu aku waktu dekat sekolah menengah. Waktu tu, aku ada kursus Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan aku rasa membazir sangatlah kalau aku terus campak kertas yang cikgu bagi ni merata-rata. Oleh itu, aku putuskan untuk berkongsi info ni dengan orang lain. Akhir sekali, mana pulak cikgu aku dapat info ni? Yang itu, aku pun tak tahu tapi jangan risau sebab beliau merupakan guru biologi. Hahaha, okey, jom mula!

Tanda dan gejala terhenti pernafasan

1. Sukar bernafas.
2. Pernafasan cepat dan pendek.
3. Muka menjadi pucat.
4. Mangsa berkeadaan gelisah.
5. Bibir dan kuku menjadi pucat dan kebiruan.
6. Mangsa berkeadaan lemah dan tidak berkeupayaan.
7. Saluran vena di bahagian leher mengembang.
8. Berpeluh dan badan menjadi sejuk.
9. Pergerakan nadi menjadi cepat dan lemah pada permulaannya dan diikuti pergerakan yang perlahan sebelum terhenti.
10. Mangsa mengalami renjatan dan terhenti pernafasan.

Rawatan am terhenti pernafasan

1. Bawa mangsa ke tempat selamat dan baringkan mangsa dalam keadaan melentang.
2. Dongakkan kepala mangsa supaya saluran pernafasan berada dalam keadaan yang baik.
3. Periksa punca terhentinya pernafasan supaya mudah untuk memberikan bantuan sebaik mungkin.
4. Periksa pernafasan mangsa dengan mendengar, melihat dan merasa (sejujurnya yang ni aku tak tahu nak terangkan macam mana). Sekiranya pernafasan terhenti, beri bantuan pernafasan melalui kaedah mulut ke mulut, mulut ke hidung, Holger Neilson atau Selvesters.
5. Periksa pergerakan nadi mangsa. Sekiranya tiada, lakukan pemulihan tekanan jantung dari luar (chest compression). Lakukan kaedah ini berselang-seli antara pernafasan dan tekanan jantung sehingga jantung dan pernafasan berfungsi kembali atau bantuan tiba.
6. Periksa pergerakan nadi dan pernafasan dari masa ke masa.
7. Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan DAN sekiranya berkemampuan.
8. Dapatkan bantuan dengan segera.

Okey, nampaknya itu je yang aku boleh kongsikan. Jika dan hanya jika kita menyaksikan orang lain menghadapi masalah pernafasan ni, tolonglah dia. Itupun kalau mampu. Kalau tak mampu, mintalah bantuan dengan segera. Jangan bawa keluar telefon dan rakam kejadian. Kemudian tularkan rakaman. Apakah? -_-

Okeylah, jari dah letih. Kalau ada teguran atau ada kesalahan dalam entri yang perlu dibetulkan, tegurlah dengan penuh berhikmah, ya? Aku ni jenis yang kena tegur molek-molek. Terima kasih sudi membaca! Aman!


2 comments:

  1. omaigad somehow i teringat kat kawan yang athma. this tip could be useful for everyone in facing urgent situation :D
    folllow sini #23

    ReplyDelete