Wednesday, 21 March 2018

Pertolongan Cemas #2 : Terkehel



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! hari tu aku ada kongsikan info tentang masalah pernafasan. Kali ni, aku nak kongsikan info tentang masalah terkehel. Kalau English nya, kita sebut dislocation.

Terkehel?

Terkehel bermaksud berlaku perubahan kedudukan tulang dari acuan persendiannya. Terkehel terjadi pada persendian tulang tanpa melibatkan kecederaan tulang.

Tanda dan gejala terkehel

1. Sakit yang sangat kuat pada bahagian persendian.
2. Bengkak dan lebam pada bahagian sendi.
3. Tidak dapat menggerakkan anggota yang tercedera.
4. Terdapat perubahan bentuk pada sendi yang tercedera.
5. Terdapat tanda-tanda am renjatan.

Rawatan terkehel

1. Tenangkan mangsa dan letakkan mangsa dalam keadaan selesa.
2. Ampu bahagian yang cedera dengan menggunakan anduh bagi mengurangkan pergerakan.
3. Jangan cuba memasukkan kembali sendi yang cedera atau mengurut-urut bahagian tersebut (nanti lagi sakit. Padan muka).
4. Berikan demahan sejuk bagi mengurangkan sakit dan bengkak.
5. Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.

Alhamdulillah, setakat ini je untuk masalah terkehel. Paling penting, kalau sendiri terkehel, mintalah bantuan orang lain. Bimbang kalau kita buat sendiri, makin terkehel pula anggota yang terkehel tu. Tak dapat dinafikan juga ramai yang akan mengurut-urut bahagian yang terkehel. Dengan info yang aku dah kongsikan ni, bolehlah kita gunakan kaedah yang betul untuk merawat masalah terkehel. Nak lagi senang, pergilah terus ke klinik, ya. Bye!

No comments:

Post a Comment