Sunday, 1 April 2018

Peringatan yang tak disangka-sangka daripada Dia

Assalamualaikum dan selamat pagi! Hari ni aku nak cerita satu peristiwa yang aku alami beberapa hari yang lepas. Aku harap peristiwa yang aku alami ni boleh jadi peringatan bukan untuk aku je tapi untuk kita semua. Voila!

Pada suatu petang, aku berada di dapur untuk tolong mak aku masak makan malam. Tiba-tiba adik aku, Icad masuk dapur. Mula-mula dia pandang aku dengan reaksi kosong dekat muka dia dan dia nak patah balik tapi dia pusing balik mengadap aku.

Aku: Ha, dah kenapa?

Icad: (Geleng kepala)

Aku: Gi lah luar. Takyah kacau sini.

Icad: Tak, bukan kacau. Nak tanya ni,..

Aku: Ha, tanyalah.

Icad: Kita, bila kita mati, kan..kita dah tak rasa apa-apa, kan? Takde nafsu, takde jiwa, semua tu..takde, kan?

Aku: (Diam)

Mummy:(Secara tiba-tiba masuk dapur dan jawab) Haah la...takde apa-apa la...


Icad: Ohh....ish, macam mana rasanya tu? Eh, takutnya! (dan terus berlari ke ruang tamu sambil memeluk diri sendiri)

Tamat.

Okey, maka sampai situ je lah cerita aku. Lepas dia tanya soalan tu, aku tak banyak cakap malam tu. Perasaan aku jadi bercampur-baur. Semuanya ada. Malam tu, aku tak boleh tidur sampai subuh. Haha, betapa kuat penangan soalan Icad tu dekat aku. Yalah, siapa sangka, budak sekolah rendah pun boleh terfikir benda macam tu.

Tapi aku tetap bersyukur sebab Tuhan masih sayangkan aku dan hantarkan adik aku untuk tegur aku. Aku yang hidup lagi lama daripada dia pun takde pulak terfikir soalan macam tu se-deep itu.
Alhamdulillah :)


4 comments:

  1. semoga icad membesar menjadi anak yang baik. memang deep betul soalan dia

    ReplyDelete
  2. Deep sangat tu. Huhu. Smoga Icad membesar menjadi anak yg soleh. And may Allah ease our path here and hereafter. ^^

    Unfold me here : The Hundred Pages | Eyqa Zaque

    ReplyDelete