Saturday, 19 May 2018

Perkara Asas Solat

Assalamualaikum, selamat pagi semua! Hari ni dah hari ketiga kita berpuasa :) Alhamdulillah ^^

Sebelum aku mulakan dengan tajuk entri, aku harap kita semua dapat kekalkan dan tingkatkan momentum kita sepanjang berpuasa ni. Tak kisahlah momentum apa asalkan yang bermanfaat untuk diri sendiri dan juga orang lain.

Okey, sekarang jom kembali pada tajuk yang sebenar, SOLAT!

Definisi
Dari segi bahasa: Doa dengan kebaikan.
Dari segi syarak/istilah: Beberapa perbuatan dan perkataan yang telah ditetapkan, dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam.

Ada faham? Mungkin kalau korang tengok buku teks sekolah rendah ke, sekolah menengah ke, lain lah sikit definisi yang panjang tu tapi ya, aku rasa kita semua faham dan dapat gambaran bersolat tu :)

Hukum
Aku tahu yang korang tahu jawapannya wajib. Tapi, adalah beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Kalau tak ada syarat, budak umur setahun pun dah kena solat. Apakah? -_-

Okey, yang pertama sekali, hukumnya adalah fardhu ain kepada seluruh muslim yang mukallaf, (baligh dan berakal). Hal ini berdasarkan dalil Al-Quran, nas-nas hadith serta pandangan ulama'.

Akan tetapi, ibu bapa dan penjaga kanak-kanak wajib menyuruhnya solat ketika berumur 7 tahun dan dipukul ketika berumur 10 tahun. Pukul pula bukanlah pukul macam tu je. Pukulan adalah dengan menggunakan tangan, bukannya kayu mahupun rotan.

Hal ini berdasarkan kepada hadith, bahawa Nabi Muhammad (saw) bersabda: "Suruhlah anak-anak kamu menunaikan solat sewaktu umurnya 7 tahun dan pukullah mereka sewaktu umurnya 10 tahun dan pisahkan mereka di tempat tidur mereka." -diriwayatkan oleh Ahmad Abu Daud, Hakim dan Al-Tirmizi

Dosa meninggalkan solat
Subuh: Sekali meninggalkannya akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia.
Zuhur: Sekali meninggalkannya dosa adalah bersamaan dengan membunuh 1000 orang umat Islam.
Asar: Sekali meninggalkannya dosa adalah bersamaan dengan meruntuhkan kaa'bah.
Maghrib: Sekali meninggalkannya dosa adalah bersamaan seperti berzina dengan orang tua.
Isyak: Sekali meninggalkannya maka tidak akan diredhai Allah SWT ke atas orang itu tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum daripada nikmat-Nya.

Hukuman di dunia bagi orang yang meninggalkan solat
1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan cahaya soleh daripada raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat dalam Islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukan tidak dikurniakan pahala oleh Allah.
6. Allah tidak akan memperkenankan doanya.

Okey, jadi sampai situ je info yang aku nak bagi. Kalau ada apa-apa yang perlu dibetulkan, boleh beritahu dekat bahagian komen. Lagi satu, info solat ni aku dapat daripada nota lama aku waktu sekolah menengah dulu. Kalau tak silap, time usrah rasanya dapat info ni. Okeylah, harapnya info yang ringkas ni dapat memberi manfaat pada semua. Bye!

P/S: Perkataan yang diboldkan adalah syarat diwajibkan bersolat. Syarat-syarat yang lain adalah suci daripada haid, nifas dan tidak gila.

Bagi sesiapa yang tak terlepas tarawih lagi, nah aku bagi clap sikit.

lee daniels clapping GIF by Empire FOX
Sumber: Giphy

10 comments:

  1. thanks for sharing dear!

    salam ramadan https://jajastollymolly.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome :) salam ramadhan juga!

      Delete
  2. saya first time datang sini & terus follow sebab suka content blog ni. kalau sudi meh la singgah blog baru saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehehh, takde benda pun dekat blog ni..hehehh terima kasih :)

      Delete
  3. thank u for sharing.. ramadhan mubarak dear..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Your welcome..terima kasih sebab singgah hehehh salam ramadhan :)

      Delete
  4. bagusnyaaaa thanks for the knowledge :D

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yg bagus... TQ singgah blog www.leaazleeya.com.. Done follow..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak dan sama-sama :)

      Delete