Saturday, 12 May 2018

Pertolongan Cemas #3 : Tergeliat

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia! ^^

Okey harini mood lain macam sikit tapi tak kira, nak kongsi jugak info tentang tergeliat ni. Aku sangat pasti yang kita semua pernah alami benda ni, kan? kan? kan? Jadi kali ni, aku nak kongsi sikit cara rawatan dengan tanda-tanda tergeliat ni. Insha Allah boleh digunakan untuk semua peringkat umur tapi kalau budak-budak kecil tu aku pun tak pasti. Sebaiknya korang bawak je lah budak kecik tu pergi klinik. Aku pun bukannya doktor..nanti apa-apa jadi dekat budak tu, korang salahkan aku pulak -_-

Okey, fokus! Apa itu tergeliat? Tergeliat merupakan suatu keadaan yang mana otot-otot dan ligamen terpusing, terkoyak atau tercedera pada bahagian persendian akibat daripada pergerakan yang melampaui batas. Ha, faham ke tu? Hmm, selalunya alami benda ni bila tak warm up sebelum bersukan. Tak faham lagi? Ha, sekarang pergi turun padang pastu lompat-lompat lari-lari sepenuh hati sampai ada rasa sentakan dekat bahagian persendian buku lali. Hahaha, itulah dia tergeliat. Hehehh.

Tanda-tanda dan gejala tergeliat adalah seperti berikut.
1. Sakit pada bahagian yang tercedera.
2. Bengkak dan lebam pada bahagian yang tercedera (bahagian persendian).
3. Sakit apabila menggerakkan bahagian yang tercedera tetapi masih lagi dapat menggerakkan anggota tersebut.

Rawatan untuk kecederaan tergeliat adalah:
1. Tenangkan mangsa dan jangan menggerakkan anggota yang tercedera. *lagi-lagi yang cepat panik tu, baik tenangkan dia sesungguh hati sebelum dia hilang kawalan diri. hahaha, gurau je
2. Ampu bahagian yang tercedera dengan anduh.
3. Jangan mengurut bahagian yang tercedera.
4. Beri demahan sejuk pada tempat yang tercedera supaya dapat mengurangkan sakit atau bengkak.
5. Dapatkan rawatan perubatan.

Okey, itu je info untuk tergeliat. Selalunya ada sesetengah orang yang tergeliat ni, dia punya bengkak tu tak teruk. Ada pulak yang bengkaknya tu teruk sampai kena balut-balut semua tu. Kalau aku pulak, selalunya aku demah dengan ais lepas tu okey dah :) Walaupun aku bukanlah seorang profesional dalam bab-bab ni tapi aku harap info yang sikit ni dapat membantu korang sendiri atau orang lain. Jumpa lagi,, salam!

12 comments:

  1. I think this entry of your is cute, but a good sharing though... Lama dah tak baca pasal pertolongan cemas.. huhu... Anyways, salam kenal from me.. :D

    ReplyDelete
  2. Wow! Firtsly i can't understand what is "Tergeliat" haha but now i already know that >.<

    Btw followed hereee
    https://syasyacreatingideas.blogspot.co.id

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, glad that you know what is tergeliat..hehehh :D

      Delete
  3. just learnned new thingss today :D

    http://mylittlestoryi.blogspot.my/

    ReplyDelete
  4. yg penting seklai jgn byk sgt bergerak kalau tergeliat...dan jangan urut kalau x reti..hahahaha

    ReplyDelete
  5. takpernah tergeliat rasanya, tengok orang tergeliat pernah la tu pun dah rasa sakit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahahh tengok je pun dah sakit. Tu belum yang bengkak bagai hehh

      Delete
  6. Last tergeliat masa degree dulu, jatuh kat restoran. Lepas tu memang azab la nak pi kelas, nak panjat bas lagi, nak panjat tangga lagi. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu, i feel ya sis! >< Sama la pernah kena time sekolah menengah dulu..

      Delete