"My heart is at ease knowing that what was meant for me will never miss me and that what misses me was never meant for me''

Umar ibn Al-Khattab

Tuesday, 27 August 2019

Pertolongan Cemas #5 : Patah (Bahagian 2)

Assalamualaikum dan hi! Okay, dalam entri sebelum ni saffaa dah janji nak sambung tentang pertolongan cemas mengenai patah. Jadi, hari ni saffaa sambung bahagian 2 mengenai pertolongan cemas untuk patah.

Patah Tulang Belakang

Tanda-tanda dan gejala
a) Sakit di bahagian yang mengalami kecederaan.
b) Tidak berupaya menggerakkan anggota badan.
c) Merasa kebas atau hilang rasa anggota bahagian bawah.
d) Terdapat kecacatan atau lebam pada bahagian tulang yang patah.

Rawatan
a) Jangan mengangkat atau mengubah pesakit dari tempat kejadian.
b) Menenangkan mangsa.
c) Mengenakan tuap pada bahagian badan pesakit bagi mengurangkan pergerakan pesakit.
d) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.
e) Angkat dengan menggunakan usung yang rata dan tegang.
f) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Tulang Rusuk

Tanda-tanda dan gejala
a) Sakit yang kuat semasa bergerak atau menarik nafas.
b) Bengkak dan lebam pada bahagian yang sakit.
c) Susah untuk bernafas.

Rawatan
a) Baringkan mangsa dalam keadaan yang selesa.
b) Tentukan mangsa dapat bernafas. Pernafasan mangsa hendaklah diperiksa dan beri bantuan pernafasan jika perlu.
c) Ampu anggota bahagian atas mangsa dengan menggunakan anduh.
d) Jika terdapat kecederaan pada bahagian dada, alas dengan kain yang lembut dan bersih.
e) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Tulang Selangka (Klavikal)

Tanda-tanda dan gejala
a) Sakit pada bahagian bahu.
b) Hilang keupayaan untuk mengangkat atau menggerakkan anggota atas.
c) Bengkak, lebam dan terdapat kecacatan pada bahagian bahu.

Rawatan
a) Tenangkan mangsa.
b) Ampu anggota bahagian atas yang terlibat dengan menggunakan anduh.
c) Rawat kecederaan jika mangsa tercedera.
d) Dapatkan rawatan perubatan.

Okey, sampai sini saja perkongsian saffaa hari ini. Apa-apapun yang berlaku, jangan lupa untuk dapatkan rawatan daripada mereka yang lebih tahu mengenai kecederaan yang kita alami. Walaupun rasa macam tak berapa sakit, atau lebam tapi tak berasa sakit langsung, adalah sebaiknya kalau kita berjumpa dengan doktor supaya kita dapat mengelakkan kecederaan yang lebih serius daripada berlaku pada masa akan datang. Okey, byebye~~

Image result for naruto fight neji gif
Source: Google
(kalau anda ninja dari Konoha, itu lain cerita xP)

No comments:

Post a Comment