"My heart is at ease knowing that what was meant for me will never miss me and that what misses me was never meant for me''

Umar ibn Al-Khattab

Wednesday, 17 March 2021

Pertolongan Cemas #6 : Kekejangan Otot

Assalamualaikum semua! Wah, serius rasa teruja sangat bila dapat kongsi balik info-info asas pertolongan cemas ini. Sebelum ini, tak ingat sama ada aku ada beritahu atau tak, tapi senang kata, kertas maklumat tentang pertolongan cemas ini hilang semuanya sebab cuai, tak ingat letak dekat mana. 

Minggu lepas dah buat keputusan nak bersihkan bilik dan meja belajar sebab nak sambut semester baru dan supaya dipermudahkan urusan nak menuntut ilmu nanti, barulah seronok belajar dekat tempat yang kemas dan teratur ^^ Tengah-tengah khusyuk mengemas almari buku dan susun buku-buku teks, terjumpalah helaian kertas banyak-banyak dan aku memang sejenis yang bukan senang-senang nak buang buku-buku, kertas-kertas ini melainkan memang dah tak digunakan langsung. Yang dah tak digunakan selalunya kumpul dulu untuk diasingkan mana yang boleh beri pada orang lain dan mana yang boleh dikitarsemula. Jadi, helaian kertas tadi memang aku selak satu-satu nak pastikan aku tak terbuang kertas-kertas yang sebenarnya aku masih perlukan. 

Tengah selak satu-satu itu nampaklah helaian maklumat pertolongan cemas ini. Ya Allah, bersyukur sangat dah jumpa balik >< Sebenarnya rasa rugi bila tak boleh berkongsi info-info asas ini jadi masa jumpa kertas itu, rasa seronok sangat-sangat. Jadi, hari ini kita sambung balik untuk sesi perkongsian pertolongan cemas untuk kekejangan otot! 

Kekejangan otot 
Kekejangan otot atau cramp terjadi apabila otot-otot mengucup secara tiba-tiba akibat daripada pergerakan yang berlebihan, kehilangan garam yang melampau dalam badan, suhu yang terlampau dan beberapa keadaan lain. Kecutan otot yang berlaku ini menyebabkan otot menjadi pendek dan sakit yang kuat. 

Tanda-tanda dan gejala 
a) Sakit yang kuat terjadi secara tiba-tiba di tempat yang mengalami kekejangan. 
b) Terjadi gumpalan otot pada bahagian yang terlibat. Otot menjadi keras dan tegang. 
c) Tidak dapat meluruskan anggota yang terlibat. 

Rawatan 
a) Baringkan mangsa dan tenangkannya. 
b) Luruskan kembali bahagian yang mengalami kekejangan. 
c) Beri demahan dan beri minum minuman dengan banyak. 
d) Rehatkan bahagian yang tercedera. 
e) Dapatkan rawatan perubatan jika perlu. 

Alhamdulillah! Harapnya info asas ini berguna untuk kalian mana tahu satu hari boleh bantu orang yang tiba-tiba mengalami kekejangan otot ini. Aku percaya kebanyakan daripada kita memang dah pernah alami kekejangan otot ini tapi mungkin dalam beberapa keadaan, mungkin kita atau orang lain yang mengalami keadaan ini menjadi panik contohnya, macam aku sendiri, mungkin semasa melakukan aktiviti makmal atau mungkin semasa sedang memandu lebih-lebih lagi memandu dalam tempoh yang lama kerana destinasi yang agak jauh. Tapi apa-apapun semoga kita semua terhindar sentiasa daripada sebarang keburukan, insha-Allah :) Okey, semoga kita berjumpa lagi untuk perkongsian info pertolongan cemas yang seterusnya. 


Ya, itu bukan kekejangan otot
Sumber: Google 


No comments:

Post a comment