"My heart is at ease knowing that what was meant for me will never miss me and that what misses me was never meant for me''

Umar ibn Al-Khattab

Tuesday, 13 August 2019

Pertolongan Cemas #5 : Patah (Bahagian 1)

Assalamualaikum dan hi! Lama sangat tidak berkongsi tip pertolongan cemas. Asyik simpan saja dalam draf. Memandangkan hari ini tidak ada idea hendak tulis apa, saffaa akan berkongsi tip pertolongan cemas untuk PATAH.

Patah
Merupakan kecederaan yang melibatkan mana-mana bahagian tulang sama ada ia retak, putus, pecah, remuk atau sebagainya.

Punca-punca patah
a) Secara langsung
Patah berlaku tepat pada anggota contohnya terkena tembakan, pukulan, tendangan atau kemalangan.
b) Secara tidak langsung
Patah berlaku jauh dari tempat yang mengalami kecederaan. Contohnya, berlaku kecutan otot atau pergerakan otot yang secara tiba-tiba dan menyebabkan patah.

Rawatan am patah
a) Letak pesakit dalam keadaan yang selesa dan hendaklah dilakukan di tempat kejadian kecuali keadaan merbahaya di situ.
b) Menenangkan mangsa sekiranya mangsa dalam keadaan sedar.
c) Sekiranya mangsa pengsan, periksa pernafasan dan nadi mangsa. Lakukan CPR sekiranya nadi dan pernafasan terhenti.
d) Apabila mangsa pulih, rawatan pendarahan hendaklah dilakukan. Pendarahan hendaklah dihentikan secara kaedah langsung atau tidak langsung mengikut kesesuaian.
e) Ampu bahagian yang patah dengan menggunakan anduh atau kain mengikut keadaan dan anggota yang patah.
f) Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Okay, sebenarnya ada lagi tapi saffaa kena berhenti dekat sini dulu. Nanti-nanti saffaa sambung. Bye~~

10 comments:

  1. thanks for sharing dear ^^
    https://jajastollymolly.blogspot.com/2019/08/bicara-rindu-part-i.html

    ReplyDelete
  2. best belajar pertolongan cemas tapi tak pernah praktis pun..hehe

    done follow awak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulahh seronok belajar tip2 kecemasan ni hehe tapi ntah bila nak praktis nya btw thank you so much ^^

      Delete
  3. wah...singgah sini..lama sudah follow..hehe

    best la dapt tahu pasal pertolongan cemas ni..good job

    ReplyDelete